Assalamualaikum... Bangun tidur, cepat-cepat mandi dan sarapan. Hari ni keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan. Bila-bila masa sahaja. Tak sabar rasanya nak tengok keputusan UPSR. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku duduk bersila menghadap komputer. Jari jemari meniti laju atas keyboard. Aku mencari alternatif lain untuk mengetahui keputusan UPSR. Yea, aku berjaya menggunakan alternatif lain melalui laman web Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah. Disini http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php Hampa, kerana sistem hanya menyediakan slip peperiksaan hingga percubaan UPSR sahaja. Keputusan hari ni belum officially dikeluarkan. Aku menunggu. Jam menunjukkan pukul 9.30pagi. Aku mendail telefon nombor Ayah. Ayah, buat apa? Ayah jawab (ada kat rumah lagi, kejap lagi baru nak ke sekolah). Oh okay, ayah..jap lagi kakak telefon balik. Risau, bila keputusan UPSR akan diketahui. Curiga. Sejenak berfikir. Tadi matlamat aku untuk menyiapkan jurnal kritik tapi sebab keputusan U...