Skip to main content

Life go on..

Assalamualaikum........ dan selamat pagi...

Buat pengetahuan semua, bumi dipijak adalah bukan kampung aku. Ianya di Kuantan. Sudah seminggu berlalu cuti semester kali ini tanpa ada apa apa berita yang err... yang menarik untuk dikongsikan. Cuma hari ini menandakan cuti aku bakal di isi dengan benda yang bermanfaat dan menguntungkan. Untung? Manfaat? Bukan, aku tidak sama sekali join ahlong, terus jadi sebahagian macam skim cepat kaya.. Memang tak lah nak join. So scary.
Sebenarnya aku cuma berada di dalam alam asuhan kanak kanak ribena. Iaitu jadi Bibiik. - -'
Maafkan aku, menakutkan kalau sebut 'bibik' ni, sebabnya mesti first impression orang-orang di luar sana agak teruk.

Bibik <<< merujuk kepada domestic servant atau maid dalam bahasanya adalah orang yang brgaji. hihi

Ini kerja halal ok, Alhamdulillah. Seumur hidup aku tak pernah niat nak buat kerja haram.Uwaa, emo sikit.. Lagipun bolehlah aku berlatih untuk menjadi ibu. Pada masa akan datang. Inshaallah (cepat sikit kahwin). Aku bukan jaga orang lain pun, its just my fruit child (anak buah). Ok tak kalau aku translate bahasa gitu, hooduuhh bebenor. Ops sorry my mistake.
Jadi nak jadi bibik yang mithali, kena bangun awal. Jam loceng kena set pukul 6. Kalau tak memang tak sedar. Volume kena paling maximun untuk menggelakkan tertidur lagi. Susah kot nak bangun awal selain untuk solat subuh. Memang mencabar untuk menjadi bibik cemerlang. Kalau boleh elakkan jadi bibik ye, kawan-kawan. Last resort jadi bibik...tapi bibik untuk family tak mengapa...........:D

Comments

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya. ...

Cabaran Kempiskan Perut

Assalamualaikum semua.. Sudah 2 hari berlalu dengan cabaran kempiskan perut menggunakan asam jawa. Saya banyak google cara caranya. Tapi saya pilih yang paling senang iaitu air asam jawa. Sebelum tidur rendam dua sudu asam jawa dalam segelas air panas. Kacau bagi larut dan biar semalaman. Pagi esok boleh minum. Saya rasa perut saya meragam lepas minum air asam jawa ni. Dia macam simptom cirit birit tapi bukan. Mungkin air tu tengah membersihkan perut daripada toksik kan. Hmm mungkin. Oklah. Baru dua hari try. Kita tengok result sebulan ye. Jangan lupa lakukan side dish plank dan squat untuk mempercepatkan proses itu. ☺ Ok bye. Saya akan update lagi.