Skip to main content
Aku ingin melupakan masa lampau yang terlalu banyak memori. Salah aku sendiri kerana masih memilih untuk mengingati memori itu lagi. Sudah terlalu lama aku membuang masa untuk perkara yang tak pasti. Terlalu jauh untuk mengapainya kembali.Aku tidak sanggup mengulang kesilapan yang sama dengan pilihan yang salah.

Keputusan yang terbaik adalah, mencari erti kehidupan pada masa yang akan datang dan mencipta memori indah yang baru.
 Menilai siapakah aku disisiNya. Hanya insan kerdil yang menumpang di alam maya ini. Memang betul, masa lampau mengajar aku erti kehidupan di alam realiti. Namun, semua itu aku harus ketepikan kerana sia-sia untuk diingati. 

Buka buku baru. Perjalanan masih jauh. Perlukah aku menoleh kebelakang untuk sekali lagi? Hanya Allah saja yang tahu apa yang tersurat dan tersirat. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa.

Muhasabah diri.Kadang-kadang aku alpa.Kadang-kadang aku leka. Leka diulit keseronokan dunia. Leka untuk menilai mana intan mana kaca. Apabila hilang, aku akan sibuk mencari. Apabila tiada...hmmm

 Dari sekarang, hargailah sesiapa yang berada disekeliling kita. Mungkin esok mereka tiada. Takziah aku ucapkan di atas permergian nenek kawanku. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Comments

Mul-an said…
terima kasih atas ucapan takziah..
kdang2 kita sendiri kena alert dgn persekitaran yg ada di sekeliling kita. Buka lembaran baru lupakan segala kenangan yg merunsingkan. Bukan untuk awk sahaja malah nasihat untuk diri saya juga..
maya said…
terima kasih. INSYALLAH. mudah-mudahan begitulah.

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya. ...
Kepenatan. Walaupun bukan aku yang drive kereta. Terima kasih kepada kawan yang sudi membawa aku bersiar-siar pada hujung minggu ini. Jasamu dikenang. Mesti penat melayan kerenah aku kan. Nasib kau sebab dapat kawan macam aku. Hahaha. Destinasi hujung minggu malaysia ke cameron highland. Sebelum ini memang dah jadi tempat minum teh bagi family aku.  Tapi yang best kali ini kerana pergi dengan member-member. Kami konvoi 2 buah kereta. 1 kereta 4 orang,aku dengan si kawan nie. Ingatkan aku je banyak kerenah rupa-rupanya si kawan ni cakap banyak juga, aku buat-buat dengar je,iakan saja tapi ta berapa jelas sebenarnya. Heehe.  Terukkan. Sekali-sekala,xpe. Si kawan ni,aku panggil dia macam mak aku,sebab ada ciri-ciri keibuan. Rasa disayangi lebih. Hahaha. Kalau si kawan tahu mesti kena marah. Aku akan buat muka blur la,apa lagi kan.  Hujung minggu bilik yang harga murah memang full house. So kalau anda berniat nak ke cameron highland jangan lupa tempah bilik dulu ye. Kalau t...