Assalamualaikum.. ditujukan khas buat KAU Pernah tak lepas satu benda kau gagal untuk buat , kau akan berubah. 'Ok, test seterusnya aku nak score'. Sebab apa ada niat nak score untuk test yang seterusnya sebab sebelum ni kau tak berjaya kan. Tak berjaya nak dapatkan apa yang diinginkan. Apakah punca kegagalan kau sebelum ni? Pernah selidik tak kenapa sebelum ni kau gagal? Aku tahu sebab apa aku gagal... sebab aku ego, aku rasa kepala otak aku dah cukup dengan ilmu, aku rasa aku dah meluangkan masa yang lama untuk itu. Kenyataanya, kau tidaklah meletakkan hati kau seratus peratus. Hati kau ke laut. Kau sibuk. Sibuk dengan benda lain. Kau banyak main dan kau tak serius nak belajar. Kau rasa benda yang kau buat ni hanya untuk lengkapkan sesuatu. Atau kau buat ini semua kerana terpaksa. Kau tak perasan mungkin perasaan ikhlas kau tu dibuat-buat. Mungkin. Bila dah pasang niat untuk scor seterusnya, automatik kau akan belajar, membaca, mengingat dan menelaah dengan tekunnya....