Assalamualaikum dan salam perak amanjaya. Aku bukan orang Perak. Noted. Mintak maaflah ye. Taknak lah ada kena-mengena dengan perak lepas ni. Yelah panas kat perak ni lain macam. Lagi-lagi kalau menginjak pukul 11.59 tengahari. Kalau duduk dalam kereta, nampak haba atas jalan raya. Macam duduk dalam oven dah. Haiish. Sebab tu ramai student perak tak keluar rumah, takut panas agaknya haha. Lokasi aku sekarang di seri iskandar. Bandar Seri Iskandar. Dah membangun nampaknya. Macdonald drive-thru dah ada. Lepas tu Billion pulak masih dalam pembinaan. Dah 80 peratus siap. Nanti lepas aku graduation, confirm dah bukak. Memanglah bandar seri iskandar akan membangun, tapi cuaca panas mungkin akan lebih mengganas... pada firasat aku, cuaca panas di perak ni lain macam sebabnya pokok takde! Seriuslah, habis semua pokok-pokok besar ditebang semata-mata nak buat bangunan yang ala-ala perniagaan camtu. Padahal kat seri iskandar, dah banyak bangunan yang terbiar, setakat pemerhatian ak...